FAQ (Soalan Lazim)
Q:
Adakah PeluangBaik.com merupakan syarikat MLM,
Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim Direct
Selling, Skim Pelaburan?
PeluangBaik.com bukan sama sekali syarikat MLM,
Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim-skim dalam
Internet. PeluangBaik.com adalah perkhidmatan secara
online yang berkonsep Beli Pakej Web, Jimat & Dapat
Insentif Promosi berkonsepkan Affiliate Marketing.
Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan tetap.
PeluangBaik.com menawarkan satu program agihan
insentif secara online di dalam bentuk 4 pakej laman
web kepada pengguna secara terus.
Program
PeluangBaik.com ini memberi peluang pendapatan
kepada mereka yang berminat mempromosikan pakej
program PeluangBaik.com. Jumlah pendapatan adalah
bergantung kepada hasil usaha dan strategi promosi
masing-masing. Pendapatan pasif yang dinyatakan di
dalam pelan insentif promosi di dalam
PeluangBaik.com adalah berdasarkan agihan hasil
perkongsian daripada keuntungan jualan syarikat
kepada rakaniaga yang telah mendaftar dan membeli
Pakej PeluangBaik.com mengikut giliran iaitu siapa
yang beli pakej laman web terlebih dahulu.
Q:
Berapa tempoh laman web saya akan diaktifkan selepas
saya membuat pembayaran?
Selepas kami menerima laporan pembayaran dari anda,
kami akan pastikan pembayaran dan aktifkan laman web
anda. Tempoh pengaktifan adalah dalam masa 24 jam.
Q:
Siapa e-Center di dalam PeluangBaik.com?
e-Centre adalah merupakan wakil kepada Syarikat
MULTISOFT RESOURCES SDN BHD untuk mengaktifkan rakaniaga
baru (yang membayar kepada e-Centre tersebut) dengan
seberapa segera dan PeluangBaik.com menyediakan Insentif
Pengaktifan sebanyak 2% daripada jumlah penjualan yang
berjaya diaktifkan oleh e-Centre tersebut. Untuk menjadi
e-Centre, rakaniaga perlu bermula dengan mengambil Pakej
Premium Selepas itu, rakaniaga tersebut boleh memohon
sebagai e-Centre dengan mengisi borang di dalam Panel
Kawalan Rakaniaga.
Q:
Bagaimana saya hendak mengeluarkan wang dari eWallet
ke akaun bank saya?
Pertama sekali, anda perlu mempunyai mana-mana
akaun bank utama di Malaysia, seperti Maybank, CIMB
dan sebagainya. Untuk membuat pengeluaran, baki
eWallet anda mestilah mencapai RM50.00 atau lebih.
Anda hendaklah menghantar SMS semua info berkaitan
akaun dan pembayaran anda. Semua permintaan
pengeluaran wang dari e-wallet ke akaun bank akan
diproses secepat mungkin untuk dimasukkan ke dalam
akaun bank anda. Berikan masa tambahan 2 hari untuk
GIRO Transfer. Pembayaran E-Wallet akan dibuat pada
hari Khamis setiap minggu dan akan dibuat
berdasarkan permintaan (withdraw) anda pada minggu
tersebut. Selepas hari Khamis minggu tersebut,
sebarang withdraw dibuat akan dibayar pada Khamis
minggu hadapan.
Q:
Boleh saya membuka lebih daripada 1 akaun?
PeluangBaik.com tidak menghalang anda untuk
membuka lebih dari 1 akaun. Anda hanya perlu
mempunyai username yang berbeza bagi setiap akaun.
Q:
Jika saya telah membuat belian 1 unit yang pertama,
perlukah saya membeli pakej web ulangan setiap
bulan?
Tidak perlu. Jika anda ingin membeli lagi pakej
web kami, anda hanya perlu membuka akaun baru
(daftar dengan username berbeza), seperti yang anda
lakukan kali pertama itu. Akaun tersebut akan
tersusun di bawah rangkaian anda secara auto. Jika
setiap orang dalam rangkaian anda berminat membeli
lagi pakej web kami, maka rangkaian anda pastinya
akan cepat berkembang. Insentif hebat menanti anda!
Q:
Bagaimana kaedah promosi terbaik untuk saya
mempromosikan PeluangBaik.com bagi meraih insentif?
Kaedah promosi yang boleh dicontohi dan
dipraktikkan secara online adalah melalui laman
sosial FaceBook, Twitter dan banyak lagi. Selain
itu, rakaniaga juga mempunyai pilihan untuk
meletakkan iklan teks promosi dan iklan banner
promosi di laman web iklan percuma atau berbayar.
Sila memperbanyakkan promosi iklan teks di dalam
laman web iklan percuma dan berbayar kerana dengan
cara ini dapat memperhebatkan hasil carian daripada
Google, Yahoo dan lain-lain. Rakaniaga juga boleh
memilih pilihan saiz banner yang sesuai di dalam
laman panel kawalan rakaniaga untuk diletakkan di
dalam laman web iklan, blog-blog, laman peribadi dan
lain-lain. Sila dapatkan khidmat nasihat dan tunjuk
ajar daripada pihak syarikat bagi membina rangkaian
perniagaan dan bagaimana kaedah promosi yang terbaik
yang boleh dilakukan.
Pihak syarikat MELARANG
KERAS PROMOSI DENGAN KAEDAH SPAM. Pihak syarikat
TIADA TOLERANSI kepada rakaniaga yang melakukan
promosi bersama kaedah SPAM. Pihak syarikat akan
membatalkan kelayakan rakaniaga pada bila-bila masa
jika didapati melakukan SPAM.