FAQ (Soalan Lazim)

Q: Adakah PeluangBaik.com merupakan syarikat MLM, Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim Direct Selling, Skim Pelaburan?

PeluangBaik.com bukan sama sekali syarikat MLM, Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim-skim dalam Internet. PeluangBaik.com adalah perkhidmatan secara online yang berkonsep Beli Pakej Web, Jimat & Dapat Insentif Promosi berkonsepkan Affiliate Marketing. Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan tetap. PeluangBaik.com menawarkan satu program agihan insentif secara online di dalam bentuk 4 pakej laman web kepada pengguna secara terus.

Program PeluangBaik.com ini memberi peluang pendapatan kepada mereka yang berminat mempromosikan pakej program PeluangBaik.com. Jumlah pendapatan adalah bergantung kepada hasil usaha dan strategi promosi masing-masing. Pendapatan pasif yang dinyatakan di dalam pelan insentif promosi di dalam PeluangBaik.com adalah berdasarkan agihan hasil perkongsian daripada keuntungan jualan syarikat kepada rakaniaga yang telah mendaftar dan membeli Pakej PeluangBaik.com mengikut giliran iaitu siapa yang beli pakej laman web terlebih dahulu.

Q: Berapa tempoh laman web saya akan diaktifkan selepas saya membuat pembayaran?

Selepas kami menerima laporan pembayaran dari anda, kami akan pastikan pembayaran dan aktifkan laman web anda. Tempoh pengaktifan adalah dalam masa 24 jam.

Q: Siapa e-Center di dalam PeluangBaik.com?
e-Centre adalah merupakan wakil kepada Syarikat MULTISOFT RESOURCES SDN BHD untuk mengaktifkan rakaniaga baru (yang membayar kepada e-Centre tersebut) dengan seberapa segera dan PeluangBaik.com menyediakan Insentif Pengaktifan sebanyak 2% daripada jumlah penjualan yang berjaya diaktifkan oleh e-Centre tersebut. Untuk menjadi e-Centre, rakaniaga perlu bermula dengan mengambil Pakej Premium Selepas itu, rakaniaga tersebut boleh memohon sebagai e-Centre dengan mengisi borang di dalam Panel Kawalan Rakaniaga.
Q: Bagaimana saya hendak mengeluarkan wang dari eWallet ke akaun bank saya?

Pertama sekali, anda perlu mempunyai mana-mana akaun bank utama di Malaysia, seperti Maybank, CIMB dan sebagainya. Untuk membuat pengeluaran, baki eWallet anda mestilah mencapai RM50.00 atau lebih. Anda hendaklah menghantar SMS semua info berkaitan akaun dan pembayaran anda. Semua permintaan pengeluaran wang dari e-wallet ke akaun bank akan diproses secepat mungkin untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Berikan masa tambahan 2 hari untuk GIRO Transfer. Pembayaran E-Wallet akan dibuat pada hari Khamis setiap minggu dan akan dibuat berdasarkan permintaan (withdraw) anda pada minggu tersebut. Selepas hari Khamis minggu tersebut, sebarang withdraw dibuat akan dibayar pada Khamis minggu hadapan.

Q: Boleh saya membuka lebih daripada 1 akaun?

PeluangBaik.com tidak menghalang anda untuk membuka lebih dari 1 akaun. Anda hanya perlu mempunyai username yang berbeza bagi setiap akaun.

Q: Jika saya telah membuat belian 1 unit yang pertama, perlukah saya membeli pakej web ulangan setiap bulan?

Tidak perlu. Jika anda ingin membeli lagi pakej web kami, anda hanya perlu membuka akaun baru (daftar dengan username berbeza), seperti yang anda lakukan kali pertama itu. Akaun tersebut akan tersusun di bawah rangkaian anda secara auto. Jika setiap orang dalam rangkaian anda berminat membeli lagi pakej web kami, maka rangkaian anda pastinya akan cepat berkembang. Insentif hebat menanti anda!

Q: Bagaimana kaedah promosi terbaik untuk saya mempromosikan PeluangBaik.com bagi meraih insentif?

Kaedah promosi yang boleh dicontohi dan dipraktikkan secara online adalah melalui laman sosial FaceBook, Twitter dan banyak lagi. Selain itu, rakaniaga juga mempunyai pilihan untuk meletakkan iklan teks promosi dan iklan banner promosi di laman web iklan percuma atau berbayar. Sila memperbanyakkan promosi iklan teks di dalam laman web iklan percuma dan berbayar kerana dengan cara ini dapat memperhebatkan hasil carian daripada Google, Yahoo dan lain-lain. Rakaniaga juga boleh memilih pilihan saiz banner yang sesuai di dalam laman panel kawalan rakaniaga untuk diletakkan di dalam laman web iklan, blog-blog, laman peribadi dan lain-lain. Sila dapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak syarikat bagi membina rangkaian perniagaan dan bagaimana kaedah promosi yang terbaik yang boleh dilakukan.

Pihak syarikat MELARANG KERAS PROMOSI DENGAN KAEDAH SPAM. Pihak syarikat TIADA TOLERANSI kepada rakaniaga yang melakukan promosi bersama kaedah SPAM. Pihak syarikat akan membatalkan kelayakan rakaniaga pada bila-bila masa jika didapati melakukan SPAM.

Cara Pembayaran

Pembayaran lebih mudah dan selamat melalui kad kredit.

sticklr